Majlis Penyampaian Geran Pelajar Anugerah Gemilang Maxis eKelas Tahun 2019

28 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Mac 2019 yang lepas adik Damita Daveigh Davenny telah menghadiri Majlis Penyampaian Geran Pelajar Anugerah Gemilang Maxis eKelas Tahun 2019 yang telah diadakan di Menara Maxis, Kuala Lumpur. Geran Pelajar Anugerah Gemilang eKelas ini ditawarkan secara eksklusif kepada pelajar-pelajar program eKelas Maxis yang telah menunjukkan peningkatan prestasi di dalam peperiksaan sekolah masing-masing. Selain Damita, Hilaria Cater & Arnon Noah juga turut berjaya menerima Geran tersebut. Tahniah diucapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali